My Nuffy

Thursday, August 12, 2010

KeraBu ManggA Cinta Sayang


Salam semua,
Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa kan?
Tapi gambar kerabu mangga di atas bukanlah juadah yang saya sediakan semalam sebab semalam saya, suami dan keluarga mentua saya balik ke Kuala Paya untuk berbuka beramai-ramai.
Mak mentua saya dah sediakan ayam untuk dipanggang.
Yumyum.
Memang sedap.
Ini bukan kes bodek ye tapi mak mentua saya memang pandai masak.
macam mak saya jugak.

Kerabu mangga tu sebenarnya saya buat beberapa hari selepas bergelar seorang isteri.
Ketika di rumah mak saya.
Mungkin mak nak menguji saya.
Dia suruh saya masak sendirian manakala dia berehat menonton tv.
Mujurlah encik suami jenis yang tak kisah.
Janji sedap semua dimakannya.
Mak saya pulak paling suka kalau saya buatkan kerabu mangga ni.
Bak kata orang negeri sembilan, bertambuh-tambuh mak saya makan kalau saya buatkan kerabu mangga. ni.
Saya belajar buat sendiri kerabu mangga ni pulak lepas ketagih makan kat TCR.
Kalau kat TCR biasalah, harganya sekitar RM5++ sepinggan.
Mana mampu saya nak makan di situ selalu kan.

So kat sini saya nak sharekan resepi kerabu mangga saya ini.
Inspirasi dari kerabu mangga TCR.

Resepi Kerabu Mangga Cinta Sayang

Bahan-bahannya :

1-2 biji mangga / pauh (saiz sederhana besar) - diparut
5-8 ulas cili api (ikut selera masing-masing) - dipotong-potong
3-4 helai daun limau purut (terpulang) - diracik halus
1 ulas bawang besar
1-2 senduk kacang tanah (kisar kasar & goreng)-saya beli yang dah siap je. senang.
1-2 sudu udang kering - digoreng sekejap.
2-3 sudu gula kasar
limau kasturi secukupnya.

Cara-caranya:

masukkan cili api yang telah dipotong-potong ke dalam mangkuk yang berisi mangga yang telah diparut tadi.
Masukkan juga daun limau purut dan bawang besar yang telah diracik.
gaulkan dengan sedikit air pati limau kasturi.
Kemudian bolehlah digaul sebati bersama gula kasar dan kacang tanah yang telah dikisar.
Letakkan di atas pinggan dan hias bersama udang kering yang telah digoreng.
Hidangkan.



No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++