My Nuffy

Saturday, December 18, 2010

Pantang Yang dilarang : Betul ke?

Masa mengandung ni banyak betul pantang larang yang aku dengar. Ada yang munasabah... ada jugak yang munasarawak. Di antara pantang larang tu adalah :

  • Tak boleh potong binatang nanti anak lahir tak cukup anggota (terpotong2 macam binatang tu?).
  • Tak boleh bunuh binatang nanti anak bakal meninggal macam keadaan binatang tu mati.
  • Tak boleh keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu.
  • Jangan biarkan anak2 lain melangkah perut nanti bayi lahir tak cukup bulan.
  • Jangan mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.
  • Jangan duduk di tangga nanti bersalin susah.
  • Jangan siang ikan nanti anak sumbing.
  • Jangan tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar.
Untuk si suami pun ada tau.
  • Jangan sembelih binatang nanti anak lahir cacat.
  • Jangan pukul binatang nanti anak akan terkena kenan binatang tersebut.
sumber : http://mysuperkids.net/amalan-semasa-mengandung-beri-kesan-pada-anak/

Pada saya setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Mana mungkin tak menyiang ikan, potong binatang ( ayam, daging etc), and etc.Habis tu siapa yang nak buat? Takkan nak berlapar je kan or oder tetiap hari kat kedai kan? Lainlah kalau ade orang gaji... bolehla nak goyang kaki je kan... Tapi bagi aku, apalah guna status kita sebagai isteri kalau suami tak merase masakan dari air tangan isterinya sendiri kan? Tak siok owh tak dapat masak untuk hubby...

Kalau pukul / dera / bunuh binatang tu memanglah tak elok. Kecuali kalau nyawa kita terancam contohnya bila berhadapan dengan ular berbisa ke, jengking ke, lipan etc. Kalau setakat anak kucing yang comel tu takkan nak belasah jugak kot? Bukan setakat orang mengandung je, orang yang yang tak mengandung pun tak elok buat macam tu. Dah tentulah aku yang paling tak suka + pantang sekali kalau tengok orang pukul anak kucing. Tersayat hati aku ni...

Kesimpulannya, pantang larang ni ada yang elok... ada jugak yang tak elok nak diamalkan. Terpulanglah pada kita untuk fikirkan mana yang baik mana yang buruk. Yang penting sentiasalah berdoa agar kita dan bayi kita sentiasa selamat dan sihat hendaknya. Wallahualam.


No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++