My Nuffy

Tuesday, January 18, 2011

Perempuan mengandung Dan Sembelit.


Perut dah bagi signal. Hajat perlu dilepaskan. Tapi dekat 1/2 jam menunggu tak jugak lepas. Cakap je ape benda yang aku tak makan? Pisang? Oren? Semua aku telan tapi tak jugak lepas. Yang ada cuma angin kuskus je. Sembelit lagi?

Daripada pembacaan dan pemerhatian aku, perempuan mengandung memang selalu akan ada masalah dengan sembelit. Puncanye? Dikatakan peningkatan hormon tertentu mase mengandung merupakan penyebab kenapa sembelit terjadi. Dikatakan jugak kalau sembelit ni berterusan, boleh menyebabkan perempuan mengandung mengalami buasir. Sebelum mengandung pun aku memang ada masalah sembelit. Mungkin sebab pemakanan aku yang tak seimbang. Kurang makan sayur berbanding karbohidrat dan lain2.

Cara untuk mengatasinya :
  1. Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.
  2. Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.
  3. Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½  hingga 2 liter sehari semalam
  4. Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari
Sekiranya sembelit menyerang…
  1. Banyakkan mengambil makanan berserat.
    • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik
  2. Banyakkan minum air atau jus buah-buahan
    • Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.
  3. Dapatkan nasihat doktor
    • Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.
Maka, berusahalah untuk mengelakkan daripada terkena  sembelit ketika hamil. Amalkan cara pemakanan yang sihat beserta pengambilan makanan pelengkap yang dibekalkan oleh doktor. Pemakanan yang seimbang ini juga amat penting bagi perkembangan bayi dalam rahim sekaligus mengelakkan penyakit kepada ibu hamil itu sendiri. Wallahua’lam.

sumber maklumat : http://anakkusayang.com/blog/kesihatan/atasi-masalah-sembelit-ketika-mengandung.




2 comments:

MaMa_AdHa said...

sama la kite.. umi pun terjadi juga masa mula2 ngandung dulu.. sampai kena gi ambik ubat untuk senang membuang..

puteri ain said...

nice tips..:)
thanks for sharing..:)

++Jom Kita Tukar Link!++