My Nuffy

Monday, January 24, 2011

Rasa Macam Baru Semalam.


Dah hampir setengah tahun rupanya usia perkahwinan aku dan hubby tapi rasa macam baru semalam je kami diijabkabulkan. Ceh... Sedar tak sedar, perut aku pun dah mula memboyot. 4 bulan rasa macam dah tak terlarat je nak bawak. Macam manalah yang mengandung kembar banyak t agaknya eh? Eh baru 4 bulan eh? hehe... Yelah, aku bukannya bunting pelamin pun. Tak ada rezeki nak bunting pelamin masa tu. Mungkin Dia nak bagi aku manja-manja dengan hubby dulu puas-puas kot. Hik3x.

Apa pun alhamdulillah, setelah 6 bulan hidup bersama... setelah mengharungi pelbagai rintangan bersama... suka duka bersama... akhirnya terasa sudah kemanisannya. Setelah dihambat dengan pelbagai masalah termasuklah masalah kewangan, masalah kesihatan ahli keluarga dan beberapa masalah lain, akhirnya pintu rezeki sudah terbuka luas buat kami. Benarlah kata orang, anak itu rezeki. Ye memang betul... Dia juga membawa pelbagai rezeki yang tak kami jangka.

Bermula dengan masalah kewangan yang menghambat akhirnya kini kami dah boleh menarik nafas lega. Hubby pun dah dapat kerja yang boleh menjamin masa hadapan kami. InsyaAllah...

Baru tadi hubby jugak ada bagitau yang dia dah dapat surat pengesahan jawatan. Cepat betul. :-) Alhamdulillah hari yang sama, aku jugak baru menandatangani surat untuk pengesahan dalam perkhidmatan dalam masa yang terdekat ni. Itulah yang aku tunggu-tunggu selama ni. Sekarang ni cuma tunggu pelarasan gaji je lagi. SPA tolongla cepat sikit eh...Heeee...

Aku harap lepas ni semuanya berjalan dengan lancar. Aku jugak bersyukur atas rezeki yang tak putus-putus selama ni. Semoga rezeki kami akan sentiasa dimurahkan.Amin.




4 comments:

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

take care kak. jaga baby elok2 tau.

puteri ain said...

semoga berbahagia selalu..:)

bRaiN fReEzE said...

Amin.....

++Kerudung Ungu++ said...

0sh!Nz ~thanx... insyaAllah...doakan akak ye :-)

puteri ain ~ mekasih...:-) jemput dtg selalu ye..:-)

Brain freeze ~ berkat doa ko... mekasih byk2 shiero.... muahhhh... hehe

++Jom Kita Tukar Link!++