My Nuffy

Sunday, January 30, 2011

Macam Bagus II

Lepas insiden kat F.O.S tu, aku masih lagi ada hati nak berjalan. Hehe... Setakat benda macam tu tak mematahkan semangat aku langsung untuk bershopping walaupun hubby dah mengeluh panjang mengikut aku bershopping. Baru aku perasan yang kiteorang langsung tak berhenti rehat kat mana-mana. Hubby nak urut kaki tapi tak berani bila tengok cara orang tu mengurut. Ganas de... Pengalaman ngeri hubby urut kaki mase dating dulu. Same place. Series hubby memang tak tahan sakit.Hehe...

Lepas tu aku ternampakla satu kedai ni. Dari jauh lagi dah menarik perhatian aku sebab warna dia warna OREN. Yes! Brands Outlet. Kali ni memang tak amik gambar sebab nanti tak pasal-pasal je kena sound. Kalau camera hp elok boleh gaklah sorok-sorok amik gambar.

Barang-barang kat Brands Outlet ni takderla mahal sangat ek. Boleh tahanla... Tapi siapa yang tak biasa memang rasa cam mahal je. Pegi area baju baby, terkejut tengok lagi murah daripada F.O.S tadi. Cantik-cantik pulak tu. Yang bestnye, die dah siap-siap letak dalam troli. So ko nak kumbah ke hape kumbahla. Lame gak aku kat situ tapi takder pun staff yang sibuk nak mengemas-ngemas. Dapat lebih kurang 4 barang gitu aku buget dalam RM40la tapi bila sampai kat kaunter, rupanya ada diskaun lagi de... Wah... Save buget aku. Kalau aku tau, aku beli kat sini je.

Brands Outlet pulak belom melaksanakan NO PLASTIC BAG setiap ari sabtu so dapatla plastik begnye. Tak kecoh pun chashier tu.

Kat Brands Outlet tu pun ramai orang. Tak macam kat tempat tadi. Takde pun staff die kecoh-kecoh ke hape. So kesimpulannya kat sini, kedai kau besar mana sekali pun tapi kalau kau tak pandai jaga hati customer, alamat lingkupla kedai kau. Tak ada sape de yang hingin nak masuk kedai kau tu! Huh! So pada korang pandai-pandailah korang nak pilih kedai mana yang bagus ok. Kalau setakat barang je bagus tapi layanan macam BANGSAT, lebih baik korang pilih kedai lain.




No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++