My Nuffy

Wednesday, January 12, 2011

Dugaan Tuhan.

Semalam... Aku dapat satu khabar yang kurang baik. Isteri member satu opis dengan aku baru saja keguguran. Sayangnye sebab die dah mengandung 6 bulan. Sebelum tu ada jugak staf kat opis aku yang keguguran. Hmm... Banyak sangat kes keguguran buat aku risau pulak. Cadangnya minggu depan InsyaAllah aku nak pegi scan baby ni jugak sebab ritu scan tak puas nak tengok. Lagipun hubby tak tengok lagi baby aisy nye macam mana.. Apepun aku doakan semoga kawan aku tu dan isterinya tabah menerima dugaan tuhan ini.

Hmm... tak dapat aku nak bayangkan perasaan si ibu yang memang menanti2kan kelahiran bayinya itu. Persiapan pun telah tersedia walaupun tak sepenuhnya. Aku sendiri rasa ngeri kalau perkara tu berlaku pada aku. Nauzubillah...

Tapi dalam kesedihan itu, alhamdulillah aku dan hubby sekarang sudah boleh menarik nafas lega bila rezeki datang tak henti2 di saat kami memang sangat2 memerlukan. Tuhan saja yang tahu perasaan kami sekarang ni. Kebetulan hubby dapat cuti untuk menghantar ayah mentua aku ke Hospital JB esok dan minggu depan untuk pembedahan. Aku doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

p/s : buat ibu2 mengandung... jagalah kesihatan, kalau ada apa2 masalah terusla berjumpa doktor. Jangan tangguh2 ok.




2 comments:

MaMa_AdHa said...

hai slam kenal...
Tahniah awak dah hamil 16minggu.

++Kerudung Ungu++ said...

salam perkenalan juga buat mama adha...:-)

dah 19 minggu da skg...Hehe

++Jom Kita Tukar Link!++