My Nuffy

Wednesday, January 19, 2011

Susah Ke Bercakap Dengan Orang Yang Tak Mahu Mendengar?

Kadang-kadang dalam hidup ni mesti kita akan jumpa dengan orang yang spesis tak nak dengar cakap orang. Bagi dia, dia je yang betul. Dia je yang tahu semuanya. Orang lain semuanya salah bagi dia. Semuanya tak tahu apa-apa.

Dahla dia mintak pendapat kita, bila dah bagi dia tak mahu terima pulak. Macam mana tu? Kita nak cuba tolong dia tapi macam mencurah air ke daun keladi je jadinya. Silap-silap hari bulan, dah bermasam muka. Bila kita buat-buat tak dengar, dipaksanya kita dengar. Bila buat tak tahu, kita pulak yang disalahkannya. Hailah nasib badan kalau terjumpa orang yang macam ni.

Beratus pun nasihat yang kita bagi, belum tentu satu pun dia nak pakai. Kalau bukan kita yang dirujuknya tak adalah nak sakit hati sangat. Pedulilah dia nak mengadu nasib dengan siapa pun. Ini dah dia bercerita dengan kita, dengan memek muka sedih, takkan kita nak buat tak tahu je kan?

Sesungguhnya memang susah nak bercakap dengan orang macam ni. Bila berkias, dia tak paham. Bila street to the point, dia marah pulak. Cubalah dengar nasihat orang sikit. Jangan cepat sangat nak melenting je. Bukan awak sorang yang ada masalah. Kat Palastine tu lagi banyak masalah. Jangan salahkan orang lain kalau orang tak nak dengar atau buat-buat tak dengar lagi masalah awak atau pengaduan awam awak. kalau awak rasa asik awak je yang jadi mangsa, awak silap. Awak jadi mangsa atas sikap awak sendiri. Nokhtah!




1 comment:

bRaiN fReEzE said...

Itu nama nye.. Bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut!!!

++Jom Kita Tukar Link!++