My Nuffy

Wednesday, March 24, 2010

Ngeri : Apa nak jadi budak - budak sekarang ni?

Mimpi Ngeri


Mohamad Iqbal Shami, 23, menerima nasib malang itu apabila motosikal kesayangannya disamun di tepi jalan ketika menunggang seorang diri untuk pulang ke rumah ibu saudaranya di Gombak.

Lebih malang, kakinya melecur terkena ekzos motosikal dan badan luka serta lebam akibat dihentak dipercayai batang besi serta parang.
Beliau yang juga seorang tukang masak berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Tun Razak berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL), baru-baru ini.
Ketika itu, motosikalnya diekori sekumpulan 10 remaja berusia 18 hingga 20-an yang juga menunggang motosikal sejak keluar dari rumah rakannya di Pandan Indah.
Menurutnya, dia tidak mengesyaki kumpulan terbabit berniat jahat dan tidak mempedulikan gelagat mereka yang menunggang rapat dengannya, namun sebaik melepasi laluan terowong dekat KLCC, kumpulan terbabit menyuruhnya berhenti.
“Seorang daripada kumpulan itu menghimpit motosikal saya dan cuba mengambil kunci, tetapi saya mengelak dan memecut meninggalkan mereka.

“Mereka mengejar saya serta memukul badan saya dengan batang besi. Tidak peduli badan yang sakit dipukul saya terus memecut, tapi masih gagal melepaskan diri daripada mereka,” katanya yang ditemui di sini, semalam.
Mohamad Iqbal berkata, ketika tiba di depan HKL, seorang daripada kumpulan itu memukul mukanya dengan kuat menyebabkan dia pening dan sakit sehingga terpaksa berhenti.
Menurutnya, sebaik berhenti, remaja terbabit menendang motosikalnya hingga menyebabkan motosikal itu jatuh dan menghempap dirinya. “Mereka mengambil motosikal serta beg saya sebelum memecut memasuki bulatan Pahang,” katanya.
Mohamad Iqbal berkata, beberapa minit selepas itu dia bangun dan berjalan memasuki HKL untuk dapatkan rawatan dan membuat laporan di pondok polis di situ.
Dia kini trauma dan takut menunggang motosikal serta keluar malam berseorangan.

sumber : mymetro 24/03/2010


p/s : teringat kejadian ragut yang pernah berlaku pada aku dulu masa aku duduk menyewa kat seremban. Jalan kaki sorang - sorang bawak wallet kat tangan je. Tak sedar ada yang dah lama memerhatikan aku waktu tu. sampai je kat satu selekoh, terus wallet aku kena ragut. Mujur aku tak cedera sebab aku sempat tarik baju peragut tu sambil motor tu dibawak laju. Nak je aku menjerit masa tu "woi nak ambik duit aku RM10 tu ambiklah tapi pulangkanlah ic aku bodoh!" Kononlah kan... tapi aku menjerit pun idak... Tergamam giler masa tu.


Nasib baik kakak angkat aku kerja dekat je dengan tempat tu. Dialah yang bawak aku pergi buat report polis tapi yang hangswanya polis tu suruh aku buat kat balai polis lain sebab tu bukan kawasan die. Dah tu kena bayar pulak tu buat report ragut. Kalau report biasa tak payah bayar. Hangguk die! Dahla aku kena ragut. duit satu sen pun xdok! Kijam betul...


Lama jugaklah aku trauma... Nak keluar sorang - sorang memang takut gilerla and aku mudah sangat sakit lepas tu. Dah lama - lama baru ok sikit. Pernah jugak ada pengalaman kena copet kat Jalan TAR. Jalan ramai - ramai pun still kena jugak. So kepada gugurl kat sana berhati - hatilah selalu ye. Kalau lelaki pun boleh kena ragut inikan perempuan kan...


Kepada peragut - peragut durjana di luar sana... tahniahlah kerana telah menempah tiket ke neraka! Paling tidak pun ke penjara!


sekian wassalam.

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++