My Nuffy

Friday, March 26, 2010

Aku Sudah GuMok!!!!


Ni gambar last 2 weeks rasenya masa kat Seremban tapi sekarang ni aku bukanlah nak cerita pasal 2 minggu yang dah basi masi tu. Aku nak cerita pasal berat badan aku yang semakin menjadi - jadi naiknya sekarang ni. Silap hari bulan Orang ingat aku ni kakak si Encik Abi! Wakaka.... Tak ke haru....

Last aku timbang berat badan aku almost 53 kg. Sekarang belum ada timbang lagi. Takut kalau - kalau bertambah lagi 5 kg pulak lepas ni.

Kalau setakat berat badan yang bertambah tu kira ok lagilah kan.... Ni siap dengan perut - perut sekali naik! BONSET + boroi ko! - eh bukan boroi tu untuk lelaki je ker? Conpius acik!

Kalau dulu boleh tarik je mana - mana baju nak pakai tapi sekarang semua kena pilih dulu betul - betul. Takut koyak pulak bila pakai kang.

Macam pagi tadi, punyalah lama aku dok termenung kat tepi bakul baju semata - mata nak pikir nak gosok baju apa. Adalah dekat 10 minit rasenya aku dok mencangkung kat situ. Rasa nak menangis pun ada gak masa tu mengenangkan dah takde lagi baju aku nak pakai bawak g keje.

"Apesal berat aku naik mendadak ni ha?"

Tulah yang aku selalu pikir sekarang ni.....

Ada jugak aku try nak control makan. Kiranya makan nasi sekali sehari je ke... Tak pun makan sikit je 1 hari tu... Xde makna!

Balik rumah mesti kena paksa rela makan. Alasan....

"Ponek yo den masak banyak2 ko taknak makan kan!"

bila Cik kiah dah start membebel macam tu confirmla aku kena makan jugak kan. Kalau tak nanti bila aku tanya dia masak apa mesti dia akan jawab

"time den masak kau tak makan kan! Omak tak masak rini. Selalu omak masak kau tak makan!" Haha.... merajukla pulak....

kalau kat rumah mak mentua pulak....

"makanlah... tambah lagi.... jangan segan - segan.... sini xde nak segan - segan de... makan je apa yang ada atas meja tu"

Mak ai... Aku pandang Encik Abi... Encik Abi gelakkan aku.... Kalau tak makan karang kecik hati pulak die... Lagipun mak mentua aku memang pandai masak. Perghhhh....sempat lagi lagi puji tu... mau saja aku belajar memasak darinya. wah tetibe aku cakap hindon gitu. 

Kat kampung pun sama gak.... Kalau singgah umah tok mak mesti kena paksa makan. Tak boleh tidak! Kalau tak siaplah kena bebel dengan tok mak.

Dah tu camner nak kurus maintain berat badan?

Nak makan ubat tak berani + Encik Abi tak kasi. Kata dia, kalau aku nak turunkan berat badan boleh tapi cara yang betul. Cara manual gitu. Tak boleh makan ubat semberono. Kalau nak pakai corset or girdle boleh tapi kalau tak selesa tak payah pakai. Pulak.... bilanya aku nak kurus maintain cekeding camtu kan?

Guys please help me........
berat badan tak turun pun takpela... janji perut bonset aku ni tak terjojol lagi....
So guys Ada tak something yang boleh menurunkan perut bonset aku ni?

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++