My Nuffy

Monday, March 8, 2010

Aku tak minat bola tapi aku minat orang yang main bola tu



Sabtu 06/03/2010


Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku rasanya aku pegi stadium tengok perlawanan bola sepak. Fuhhh...

Kala Bangga + teruja gitu... even aku datang pun sebab semata - mata nak tengok si kembar Aidil  and Zakuan! Teettttt.....


See? Sanggup paksa Encik Abi ambikkan gambar Zakuan

Memandangkan aku ni rabun so aku taklah berapa nampak muke si kembar tu so tiapkali ada pemain yang injured, aku cepat - cepat tanya Encik Abi. Kalau die tipu, tipula aku sebab aku tak nampak pun! Wakaka....

Sebelum - sebelum ni tak pernah pun ada sesape nak ajak aku pegi tengok bola ni.... Setakat tengok orang main futsal adeler.... (Rajin pulak orang nak ajak aku tengok bola... Bek dieorang ajak aku tengok movie ke hape...) Heee....

Sesungguhnya dengan Encik Abi nilah aku merasa and berpeluang buat aktiviti - aktiviti cenggini. Something yang tak pernah terpikir dek paler hotak aku ni. Tu yang teruja sangat tu.

Dalam pada teruja - teruja tu ada jugaklah yang tak bestnya time tengok bola ni. Smokers!

Kiri kanan depan belakang penuh dengan smokers muenya. Ok silap! sebelah kiri Encik Abi yang smoking. Lemas aku dek asap rokok dieorang ni. Budak lelaki yang duduk depan aku tu lagi pulak. Rasanya umur die muda sangat. Rasa macam sengkolah lagi kot tapi isap rokok macam makan coki - coki je die buat. Mau kat 5-6 batang rokok die isap dalam masa 2 jam tu. Giler! Tu yang aku bertutup muka bagai tu! Rasa nak beli je rokok 2 - 3 kotak lepas tu sumbat muenye dalam mulut die! Makan sangatla ko rokok tu! Hawau betul!

Bukanlah aku ni getiks sangat tak boleh plak nak bau asap rokok. Hakikatnya memang tak boleh pun! Even abang - abang aku merokok pun aku duduk jauh - jauh. Kengkawan yang smoking pun tau and respect hak aku sebagai non smoker ni. Owh lupa pulak.... aku tak kenal pun budak tu..... Patutla die buat dek jerk... Huhuhu....

Satu lagi penyokong - penyokong setia Ns ni. Kebetulan pulak kiteorang duduk kat tempat "panas" gitu yang mana penuntun - penuntunnya tersangatlah emosi. Carut mencarut ni macam makan kuaci je dibuatnya. Paling tak boleh blah ada yang bawak anak kecik tapi selamba je keluarkan kata - kata yang tak bermoral. Halooo.... kalau budak - budak kuang ajar kau marah! Tapi cuba pikir mana datangnya kuang ajar tu kalau tak kau yang ajar?

Kalau kau rasa kau datang untuk mencarut tak usahlah bawak anak bini kau. Kau ajak je kawan semencarut kau tu okeh! Aku pulak yang emosi jadinya. Huhu...

So awal - awal lagi aku dah sound Encik Abi supaya bila dah ada anak nanti jangan bawak pegi tengok bola kat stadium! Kalau nak bawak jugak kena duduk kat tempat yang tak "panas". Duduk jauh - jauh sikit! Muktamad!


Semangat! Hobing jang hobing!
(erk! betul ke aku sebut ni?)

Tapi yang pastinya N.Sembilan menang 3 - 2 ke atas Perlis!


See! NS menang...


Kesimpulannya next time kalau pegi tengok perlawanan bola lagi aku nak duduk kat grandstand (uish betul ke aku eja ni?) pulak. Mahal pun mahallah. Janji tak kena hujan panas. Janji tak dengar lagi sesi carut carutan ni. Yang penting janji dapat tengok Aidil and zakuan! Wahaha.... ( ampun Encik Abi..:-))


No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++