My Nuffy

Wednesday, March 3, 2010

1st day : Mari menapak Ke Ladang Teh

duduk sekejap lepas penat menapak

Duduk sorang - sorang kat opis ni bosan pulak. Hari ni mati kutu rasanya tak ada kereta tapi kalau ada pun bukan boleh keluar mana pun. Kejap lagi kang tak pasal - pasal kena sound baek punya sebab masuk lambat. Huhuhu... Tinggalkan cerita tu dulu aku nak sambung cerita pasal CH ni lagi. Mau 3-4 versi cerita pasal CH ni.

Oklah, tak lengkap rasanya kunjungan ke CH ni kalau tak pergi melawat ladang teh kat sini. Lepas Cik Kiah bershopping sakan, MaC ajak pulak kiteorang melawat ke sebuah ladang teh. Jalan masuk ke ladang teh tu sangatlah mengerikan. Hanya terdapat 1 jalan kecil ke sana tapi dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan termasuklah bas dan van. Lori juga barangkali. Di sini MaC terpaksa memandu dengan berhati - hati memandangkan banyak selekoh - selekoh tajam dan setiapkali bertembung dengan kenderaan lain, salah satunya harus mengalah bagi membolehkan perjalanan lancar. Banyak kali juga aku menjerit kecil apabila kenderaan kami hampir bertembung rapat dengan kenderaan yang lain.

 
Cik Kiah memang suka berjalan and ambik gambar

Sampai ke tempat yang dituju, mata kami terus dijamu dengan pemandangan yang menghijau. Untuk melihat pemandangan yang terbaik, kami terpaksa mendaki ke atas bukit kerana tak semua kenderaan dibenarkan naik tapi itu semua tak menjadi halangan. Mengah jugak kami dibuatnya. Sepanjang perjalanan mendaki bukit tu kami menghidu bau seperti bau inai sahaja. Tapi bila dipetik daun tehnya tak pulak berbau seperti inai. Sayang sekali aku and MaC tiba - tiba jadi moody masa tu. Dia nak aku jalan sama - sama dengan dia. Sekejap - sekejap dia merungut sebab aku tinggalkan dia sendiri. Sudahnya aku pegang tangan kedua - duanya sekali.


jalan di celah - celah rimbunan dedaun teh


Faris & MaC main sorok - sorok kat celah pokok teh


masa ni pura - pura pandang tempat lain sebab merajuk dengan MaC
huhuhu

Penat meredah dedaun teh, kami balik ke hotel. Nak berehat pulaklah kan memandangkan kami tak cukup tidur malamnya. Tak sampai setengah hari kereta dah sarat dengan barang. Tu semualah tak sabar - sabar nak tunggu Grand Livina atau Estima keluar ni. Sampai kat hotel semua terus terbongkang tidur.... sekian wassalam...

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++