Nak dijadikan cerita, lepas mengemas aku teragak nak selongkar gerobok bawah lemari (almari) baju aku tu yang mana isinya adalah koleksi beg - beg lama me and Cik Kiah. Ntah zaman bila punya beg tah tapi ada yang masih dalam keadaan baik lagilah. Tetiba aku dapat idea nak jualkan saja daripada tersorok je dalam tu kan. So korang boleh check kalau ada yang korang berkenan pulak bagitau k.
Lepas tu aku jumpa 1 bekas ni. Kat dalam dia ada gambar - gambar lama arwah ayah aku and gambar aku masa kecik dulu.
arwah ayah aku (1934 - 2004)
Bila tenung lama - lama gambar arwah tu laju je airmata aku menitik. Rindu....
Bila tengok gambar tu rasa macam baru semalam arwah pergi...
Arwah ayah aku meninggal masa umur aku 20 tahun. So sempatla bermanja bertekak bagai.
isy takmola cakap pasal tu lagi... Sedey aku siot.
Lepas tu aku jumpa pulak benda ni....
handphone nokia lama
Ni masa tahun 1993 - 1994 gitu. Handphone ni kepunyaan kakak aku yang kat Sabah tu masa dia belajar kat Sabah dulu. Kalau dia tengok handphone ni mesti die gelak berguling - guling. Punyalah bapak besar gedabak handphone zaman die dulu. Baling hanjeng pun mampos ni! Kalau baling orang???? Uimang ai....
Nak story pasal kursus semalam tapi nantila ek. Siap - siap nak balik dah ni....
p/s : cepatnya masa berlalu time bos and cc xde ni.... Huhuhu.....
No comments:
Post a Comment