My Nuffy

Thursday, March 11, 2010

44 pantang larang bakal pengantin yang susah aku nak ikut



(sumber : tidak dapat dipastikan)
April 30th, 2008 at 2:13 pm (Petua Rumah Tangga)


Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang

larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk

kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

-zaman sekarang boleh ke tak keluar same? Dah tu kalau ko kerja satu opis dengan die or ko pegi balik kerja dia yang jemput macam mana pulak?

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.

-Ea? Camtu kalau sedara ajak berkenduri kendara pun takley r pegi ek!

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

-Hmmm.... yang ni boley r terima kot tapi aku ni memang suke berjalan. Tambahan pulak sekarang tengah giat mencari duit belanje kawen.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

- Yang ni.... bolehla kot nak ikut sebab aku pun jarang makan gulai berkuah ni. Selalu makan pinggan kering kontang. Hek3x

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

-petai???!!! faveret tu!

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

-erk???! selalu dengar pantang ni tapi still gak suke tengok cermin malam -malam. Napo tah.... Sambil tu terbayang ada bayang kat belakang! Huhuhu.....

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

-uish???! camner tu? baru 1st time dengar... any explaination guys?

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

-ni lagilah....

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

-manis oklah kot nak dikurangkan tapi bile masuk bab garam aku fail.

Sampai sini dulu eh. Nanti - nanti kite sambung lagi k! Encik Abi dah tunggu kot tu. Hehhehee....

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++