My Nuffy

Saturday, March 6, 2010

Lepas Gian Nak Melalak..... Lalalalala.....



 
His Name mucuk
Semalam yang hangit. Dekat 1/2 hari moody... Satu kerja pun tak jalan. Masa balik Encik Abi yang jemput tapi aku tak call pun. Tunggu gitu je. Kalau dia jemput... baliklah.... kalau tak aku jalan kaki jelah balik. Masa Encik Abi jemput aku tu macam biasalah nampak penuh barang dalam kereta. Ada beg, ada baju ada kasut, ada sampah.... Tikus je tak ternak kat dalam tu. Bukak je pintu aku tengok ada benda bersungkup dengan blazer kat tempat duduk. Mulanya memang nak hangin jugaklah tapi Encik Abi beria - ria suruh aku bukak. Musykil jugaklah masa tu. Angkat je blazer tu aku tengok ada si mucuk (dalam gamabar di atas) kat situ. Aku buat muka series. Konon - konon tak pahamla... Padahal alam hati berbunga - bunga dah. Hahaha....

Sungghla sekarang Encik Abi dah makin pandai nak memujuk. Walaupun kadang - kadang aku rasa aku je yang melebih - lebih marahkan dia. Huhu....

 

Balik semalam Wedges kesayangan aku pulak putus. wedges hitam yang beli kat Melaka Hari tu dah tercabut  pulak butangnya. Kenapa tah kasut sekarang ni tak berkualiti langsung. Sekejap pakai dah jahanam. Ker aku yang mengganas sangat? Huhu...

Lepas makan Encik Abi ajak keluar tapi takmo bagitau nak pegi mana. Puas godek - godek dah... Tapi die senyum je. Bila dah masuk dalam kereta barulah Encik Abi bukak mulut. Dia nak bawak aku pegi Melaka???!!! Fuhhhh.... Jauhnya....
Kalau awal - awal bagitau kan elok. Boleh pegi awal sikit. Ni dah pukul 8 lebey... Bilanya pulakla nak balik kan? Aku pun tak ada mood nak jalan - jalan time poket ngah sengkek ni. So nak tak kenalah patah balik pergi Bahau pulak. 

Konon - konon nak tengok Niyang Rapik tapi Encik Abi yang Penakot tak mau tengok! Ok bab ni aku tipu. Aku yang penakut sebenarnya. Haha... Kebetulan dekat dengan movie tu ada pusat karongke @ karoake. Ha! Apalagi.... Jom Sumbangkan suara yang sedia sumbang!!!!!!


Encik Abi menyanyi dengan penuh perasaan @ perasan????!



kat sini pakai touch screen je. Lagi sanggeh daripada kbox kat seremban kot.
Lagu - lagu dia pun banyak lagu baru

Masa ni kira 1st roundla kiteorang mensumbangkan lagu. 1jam = RM33.00. Gile ko! Tak puas nak sakitkan anak tekak. Huhu... 



2nd round mensumbangkan lagu

Kali ni kiteorang pergi tempat lain pulak. Kebetulan kiteorang parking kereta betul - betul dekat dengan tempat ni. Kat sini 1jam RM20.00 sahaja bagi bilik standard berbanding tempat yang mula - mula kiteorang pegi tadi 1 jam RM 33.00. Lagu - lagunya pulak lagi latest dari tempat tadi. Cuma yang tak bestnya tempat tu open sangat. Orang luar siap tinjau - tunjau kiteorang tengah fokus menyanyi. Mesti dieorang sangat kagum dengan kesungguhan aku membawakan lagu Abang Anuar Zain "I'm The Lucky One". Wakaka... 

Encik Abi sampai mengalir - ngalir airmata terharu dengar aku melalak. Orang - orang yang kat luar tu pulak msti berdarah - darah telinga dengar aku menyanyi masa tu... Haha.... Kejam betul aku!

Tak puas 1 jam aku mintak lagi Encik Abi tambah lagi 1/2 jam. Wah.... Encik Abi dah sakit tekak bagai tapi aku selamba je nyanyi and tambah lagu. Tu pun rasa  tak puas lagi tuh! Lepas ni ciaplah.... Tension je terus pegi karaoke kat Bahau! Haha..... Perabih duit je kejenya....


Encik Abi dah tak malu - malu nak nyanyi lagi dah!


Lagu pilihan aku untuk Encik Abi nyanyi.
Sebijik sore macam kembar Irwansyah ko! haha
Bodek lebey....


Sib baiklah hari ni nak pegi Seremban. Sepupu aku buat birthday party dia dengan anak bujang dia. Kalau tak.... Mau aku heret Cik Kiah sekali pegi karaoke... Haha...

Cik Kiah Dah bising dah ni.....

Yang penting malam ni nak tenok bola kat stadium Paroi!
Saper nak join roger - roger ok!

Daaaaa.......

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++