My Nuffy

Wednesday, March 3, 2010

1st day : Welcome to Cameron Higlands

 
 Sepagi di Cameron Highlands


Hujung minggu tak lengkap rasanya kalau duduk saja - saja kat rumah. Ada sahaja aktiviti yang kami rancangkan bersama untuk mengisi masa terluang. Hujung minggu kalau aku tak ada kelas, kiteorang akan cari destinasi - destinasi yang agak menarik untuk bersantai. Lebih seronok lagi kalau semuanya dibuat secara spontan yakni tanpa dirancang. Pernah satu ketika, aku dan MaC keluar sama - sama nak beli barang kononnya kat Segamat tapi akhirnya terlajak sampai ke Mersing. Penat memang penat tapi kalau dapat hirup udara segar dan nyaman rasanya berbaloi. Tambahan pulak dapat bersama orang - orang yang tersayang bersantai dan bersukaria lepas penat bekerja.

Destinasi kami pada hujung minggu yang lepas adalah Cameron Highlands. Kali ni kami bawa sekali Cik kiah dan Pujin. Cadangnya mula - mula nak sewa van memandangkan ramai pulak yang berminat nak pergi CH ni tapi dah nak sampai masa alih - alih tak jadi pulak. Sudahnya Viva jugak yang jadi mangsa mengangkut kiteorang ke sana.

Perjalanan ke CH bermula jam 12.30 am hari sabtu. Sepanjang perjalanan cuma MaC yang memandu. Aku pulak macam biasalah jadi penidur tegar di sebelah. Buka mata pun hanya bila MaC singgah berhenti rehat ataupun brek mengejut. Selebihnya mata ni kuyu je menghadap aircon. Sampai di Tapah lebih kurang jam 4 pagi tapi MaC nampak segar je mukanya sedangkan aku masih lagi tak puas tidur. Ajaib sungguh! Bila aku nak memandu tak dibaginya. Sepanjang perjalanan naik ke Cameron Highlands, hanya ada sebuah dua kereta yang lalu lalang. Almaklumlah waktu tu belum subuh pun lagi.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan, bila hampir setengah perjalanan kami melihat ada orang berdiri di dalam gelap di  tepi jalan. Nak sedapkan hati punya pasal aku cakaplah yang orang tu orang asli yang tengah tunggu kenderaan nak pergi kerja. Ada ker? Padahal kalau ikut logik akal aku ni mana ada orang nak tunggu dalam gelap gitu? Gila?Aku yang dalam keadaan mamai hanya sempat memandang sekilas sahaja sedangkan kata MaC orang tu tak ada muka! Kata MaC lagi masa aku sedang tidur, dia juga nampak sekumpulan orang yang membuat unggun api dan juga seorang lelaki tak bermuka lagi. Nasib baiklah aku tidur masa tu. Kalau tidak confirm mulut aku gatal nak tegur benda tu. Cik Kiah paling pantang tu! Tapi alhamdulillah MaC dapat kawal keadaan dan kami selamat jugak sampai ke sana. 

Waktu sampai di Ringlet kebanyakan premis masih belum dibuka. Niat nak membuang hajat kecik di Ringlet terbantut bila tak ada tandas awam atau stesen minyak yang buka awal - awal pagi begitu. Kecewanya... Terpaksalah kami menahan sehingga ke Tanah Rata. Mujur juga bila sampai ke Tanah Rata hari sudah siang. Sekali lagi kami agak kecewa bila tandas awam hanya dibuka jam 9 pagi. Apakah? Puas merayau - rayau mencari tempat mengqada' hajat, rupanya ada kedai makan dekat saja dengan tempat kami parking kereta. Alahai.... Ingatkan free rupanya kena jugak bayar 20 sen. Apa benda je yang free dalam dunia ni? Selesai sarapan di kedai yang sama kami meneruskan perjalanan ke Brinchang. Cari tempat tidur untuk malamnya.

Ada orang kata kalau ke CH waktu cuti - cuti begini kena tempah awal - awal hotelnya tapi kali ni kami tawakal saja. Kalau ada... adalah. Alhamdulillah masih ada hotel yang kosong tapi kami cuma boleh check in tengaharinya lepas diberitahu. Sementara itu untuk mengisi masa lapang yang ada, kami mengambil kesempatan bersiar - siar sekitar CH dahulu. Cuaca kat CH ni pulak tak sejuk sangat lagi dah macam dulu - dulu. Sekarang ni kalau pakai baju lengan pendek dengan seluar pendek pun takda hal punyalah. Awal - awal pagi je sejuk. Bila naik tengahari dah mula berpeluh sakan.

Amboi tak menang tangan nampaknya Ci Kiah

Cik Kiah macam biasalah... Pantang nampak sayur - sayur segar and pokok - pokok bunga yang santek - santek. Mulalah dia rambang mata nak membeli. Tengok sajalah gelagat Cik Kiah yang tak menang tangan memilih sayur - sayur segar tu.


Tak puas rasanya memilih strawberi segar kat sini


Besar giler terung dia...


Love flowers


Cik Kiah yang tengah kusyuk memborong bunga

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak hajat kiteorang nak jejakkan kaki kat CH ni. Pujinlah yang paling happy rasanya sebab sebulan sebelum nak pergi lagi dia dah sibuk tanya. Walaupun ada yang melarang kami bergerak waktu malam ke sana dan melalui jalan Tapah, alhamdulillah akhirnya kami sampai jugak dengan selamat. InsyaAllah kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki, pasti CH akan kami kunjungi lagi.

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++