My Nuffy

Sunday, March 28, 2010

Aku Di tag!





Semalam adalah hari yang sangat sibuk buat aku sampai tak sempat aku nak jengah blog kesayangan aku ni. Hari ni bukak je blog dah ada yang tag aku. Thanx to Miss Ryehanna (tak lama lagi kena panggil puan Ryehanna plaklah kan... hehe jangan mare hea....) yang sudi meng'tag' aku kali ni.

So meh kite tengok same - same apa kandungan tagnya kali ni ye.

1. Siapakah diri anda di rumah?

Aku adalah seorang yang sangat 'manja' di rumah. Sebab apa? Sume benda Cik Kiah yang buat. Aku cuma tau balik kerja, duduk depan tv, makan pastu on9 blog. Kadang - kadang tu sampai terlelap kat depan lappy tu. Kuikuikui.... Tapi kadang - kadang ada jugaklah aku tolong sapu lantai, basuh baju and basuh pinggan cuma tak selalulah macam masa aku 'tanam anggur' dulu. Tambahan sekarang aku sibuk dengan bisnes kecil - kecilan dengan Encik Abi. Lagilah tak ada masa sangat. 

2. Siapakah diri anda di samping rakan?

entahla... kalau nak jawapan yang pasti kena tanya sendiri kat tuan punya badan. Yang pastinya aku adalah seorang yang kuat membebel and macam budak - budak! Haha

3. 5 benda yang anda idamkan tapi belum tercapai

~ notebook - tak kesahla jenama apa asalkan function tiptop
~ nikon DSRL (psst... Lepas ni nak mula operasi goda encik Abilah supaya belikan untuk aku sebijik... Wahaha)
~ Toyota Estima putih - Impian aku and Encik Abi. Senang nak bawak family pegi mana - mana nanti kan...
~ 1 juta dalam simpanan
~ anak - Haha... memangla belum tercapai sebab belum kahwin... kuikuikui...

4. Siapakah nama pasangan anda?

Nama dia Mohamad Fauzi. Panggilan kat rumah dia along. Kawan - kawan dia panggil dia Pojie. Aku pulak panggil dia abi tapi kadang - kadang tersasul panggil dia Along. Hehe...

5. Ceritakan 5 perkara yang anda suka tentang pasangan anda

~ senyumannya... sangat mendamaikan... Senyumannya buat aku lupa masalah yang muncul tak diduga.
~ ringan tulang... rajin mengemas ( ok aku mengaku yang aku bukanlah rajin sangat mengemas. Aku mengemas bila rajin je... hehe). Encik Abi jugak sangat suka tolong aku kat dapur... Tolong masak.... tolong potong sayur... buat kuih or kek... nak tengok bukti?
masa raya tahun 2009

Encik Abi tolong buat kuih raya

See! Betapa tekunnya beliau di dapur

~ Dia sudah mula pandai memujuk! - Seriesly masa mula -mula awal dulu aku selalu merajuk dengan sikap dia yang macam tak caring langsung dengan aku. Tak paham emosi dan kehendak aku masa tu tapi bila dah lama - lama... aku tengok dia dah makin maju. Dia dah mula beri perhatian khusus/khas/utama kepada aku selain tanggungjawab dia pada family.... Dia mula faham sikap dan perangai aku.

~ Dia tak pernah meninggi suara - seriesly aku sangat manja dengan Encik Abi. Seingat aku, selama bersama ni belum pernah dia meninggi suara pada aku walaupun kena marah teruk dengan aku. Dengan family apatah lagi. Alhamdulillah... (p/s: setiapkali aku dengar lelaki marahkan anak or wife depan - depan orang mesti aku ngeri...)

~ Dia seorang yang penyabar - Terus terang aku katakan, aku bukanlah seorang yang penyabar sangat tapi aku bertuah sebab dapat tunang yang penyabar orangnya. Sabar menghadapi karenah aku... sabar menemani aku ke kelas setiap minggu... sabar mendengar mendengar makian - makian aku pada pemandu yang kurang berhemah kat jalanraya tu... Pendek kata sabarla....Hehe...



Eh da cukup 5 eh??????

6. Bila tarikh anda couple?

Aku and Encik Abi tak pernah couple! kawan lepas tu terus tunang. Tak sempat nak couple.... Hehe. Tapi kalau tarikh mula kawan.... Tak hengatla pulak... Hehehehe......

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasanga anda?

Nama pun kenangan pahit.... Perlukah dikenang?????

8. Lagu tema cinta anda?

Kita ditakdirkan jatuh cinta - spring ?????? Haha.... Mesti berguling - guling Encik Abi gelak lepas ni!
Rasanya lagu "Aku & dirimu - Ari Lasso & Bunga cinta lestari". Betul x Encik Abi????? :-)

9. Apa perubahan yang ingin anda lihat pada pasangan anda?

hhhhmmm.... entahla.... xde kot..... :-) Aku sayang dia seadanya....:-)

10. Tag rakan anda yang lain

~ Encik Abi
~ Kak earna
~ Shiro

and kepada sesiapa yang ada pasangan...

Sekian terima kasih....:-)

3 comments:

Ryehanna said...

thanks sbb buat tag!!

mostly kita mmg selalu merajuk kan... hahahaha

Mr & Mrs Architect CuTe said...
This comment has been removed by the author.
Mr & Mrs Architect CuTe said...

ur welcome!
:-)
yup! even kalau tak merajuk pn kita nampak macam merajuk...kuikuikui...

++Jom Kita Tukar Link!++