My Nuffy

Thursday, May 6, 2010

pagi - pagi lagi dah buat surprise

Hari ni aku rasa mengantok giler - giler... Rasa macam nak cuti je terus hari ni tapi tak boley jugak.... Hari ni we olls kat opis nak celebrate birthday some of our opismate yang mane sepatutnya aku sponser cupcake tapi tak jadi coz susah ma nak bawak naik motor....

Tapi takpe, disebabkan aku dah janji nak bawak something so malam tadi aku buatkan kek belang pandan untuk dieorang. Tu je yang sempat aku buat memandangkan mata -aku bagaikan digam - gam malam tadi. hehe.... Biasalah, bila dah tak ada aktiviti - aktiviti menarik memalam cenggitulah. Hmmm.... Rindu nak jual sate Gemas.... :-)

So pagi tadi macam biasalah, mak keluarkan motor sementara aku mengadap cermin membelek muka tah apa - apa. Dah siap menelek muka yang tak sudah ni kat cermin, aku pun keluarlah nak ambik kasut... Tiba - tiba aku terpandang ada benda hitam kat atas alas kaki. Makin dekat makin jelas aku tengok menatang tu. Ya Allah..........

KALA JENGKING!

Ekornya dah terjongket sikit bila aku datang dekat dengan dia. Apalagi.... Lintang pukanglah aku berlari naik atas sofa sambil terjerit - jerit macam orang kena histeria ko!

Nasib baiklah Encik Abi tak ada kat situ. Kalau tidak sure dia berdekah - dekah gelakkan aku! Huh....

Nasib baiklah mak aku tak cepat panik, terus dia ambik 'penggaru' (ala yang rupanya macam garfu tu tapi diperbuat daripada kayu) and pukul menatang alah tu. Risau jugak kalau - kalau menatang tu tetiba serang mak aku pulak. Dahla orang tua tu tak pakai cermin mata.

Sebelum aku nampak menatang tu pulak, dia lebih dulu bukakan pintu tu. Hei.... Nasib baik tak kena pape...

Bila dia nak buang menatang tu cepat - cepat aku aku tahan. Nak ambik gambar!

Huhu.... Sempat jugak tu...


p/s : tak dapat nak upload gambar menatang tu coz internet kat sini macam ciput babi!

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++