My Nuffy

Monday, December 7, 2009

AGRO Bank ke GRO Bank?

Masa : 8.30 pm
Tempat kejadian : ruang tamu

Aku yang baru saja balik duduk sebentar untuk menunggu giliran mandi sambil menonton berita bersama dua orang anak sedaraku yang berusia 8 tahun. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Kebetulan ketika itu berita menyiarkan tentang GRO yang ditangkap dalam sebuah serbuan. Tiba - tiba anak sedaraku yang lelaki bertanya kepada sepupunya itu.

L : Eh...GRO tu ape?
P : Entahlah... mane kite tau...Tanyalah Induk.

L : Kau ni... Tu pun tak tahu...
     GRO tu ape induk?

Ah sudah... Dia tanya aku pulak...
Apa yang aku nak jawab?
Dalam kepala otak aku cuma terfikir GRO tu maksud dia Girl Room Officer je. Betul ker? Kang aku main sebut je kang confius pulak budak ni. Lama gak aku fikir apa jawapan dia. Patut ke aku bagitau yang GRO tu something yang tak elok?
Belum sempat aku nak jawab tiba - tiba anak sedara aku yang pempuan tu bersuara

P : GRO tu bankla... Kita penah dengar ada bank tu... GRObank ( AGRObank).

Hahaha...

(so moral of the story... Kita sebagai orang dewasa kena bagi jawapan & informasi yang tepat pada kanak - kanak. Kanak - kanak yang sedang membesar ni memang banyak soalan sampai kadang - kadang kita sendiri tak boleh jawab. Takkan kita nak jawab " dah besar nanti adik tahulah." atau "adik kecik lagilah.. Tak payah nak tahu semua tu.")

Info :
GRO - Guest Relation Officer

1 comment:

safina aishah said...

ha3.budak2 skang telampau advance.serba salah dibuatnya

++Jom Kita Tukar Link!++