My Nuffy

Friday, December 4, 2009

bEza PeKerja Cemerlang dengan Pekerja makan Gaji Buta

Minggu ni semua dok sibuk buat SKT. ea? Apa menatang SKT tu? Kalau korang kerja gomen sure korang tau punyalah. Takkanlah tak tau kan3x???!!! Ker korang buat - buat luper yang korang kena buat menatang tu? Dah Siap lama dah? Amboi... Pantas... Tuntas.... hehehe. Aku jerlah yang ketinggalan nampaknya ni ye... Hangswa betul!

Tapi takper... aku pun tinggal nak hantar je lagi ni. Isnin depan sempat kot. Lagipun duedate die rabu ni. Hmmm... Camtulah gamaknya dah hujung - hujung tahun ni. masing - masing berlumba - lumba nak kejar markah tinggi. Saper pandai bodek.... eh silap... saper pandai buat kerja dapatlah markah tinggi. Saper yang tak pandai buat kerja sendiri mau hengatlah ye. Macam aku ni korang rase pandai buat kerja ke tak? (soalan cepuemas... saper jawab pandai, aku bagi dentine sekotak!)Ahak3x.

Tapi hakikatnya kadang - kadang (selalu sebenarnya) itulah yang jadi. Saper yang baik dengan orang atasan... pandai bermain kata - kata (macam orang bercintalah pulak) @ pandai mengayat... sure dapat markah tinggi punya. Padahal kerja tak seberapa pun. Same jer macam orang lain. Tak pun lagi hampeh tapi... disebabkan dia pandai ambik hati orang atasan dia so dia jadi macam anak emas. Macam aku ni sah - sah anak terbiar. Tak ada saper peduli pun. Tak kisahla tu tapi yang kesiannya orang lain yang berhempas pulas buat kerja tak dihargai... yang tak tau satu benda tu yang dipuji - puji. ditatang - tatang. Gelinya.

Orang kata sepakat membawa berkat tapi aku tengok kat sini sepakat tu cuma dua tiga kerat je. Itupun kat depan je. Kat belakang... malas nak cakap. Bukanlah aku nak bukak pekung di dada. Bukan... sebab aku rasa bukan kat tempat aku je yang ada masalah cenggini kan. Kat tempat korang pun mesti ada kutu - kutu macam tu kan?! Sila terasa kalau anda adalah salah seorang daripadanya. Ahak3x.

Aku bukanlah nak kata yang aku ni bagus sangat atau pandai sangat buat kerja. Aku akui aku pun banyak kelemahan per... tapi tak bestla orang - orang macam tu mengambil kesempatan untuk mendapat apa yang tak sepatutnya dia dapat. Yang betul - betul buat kerja tu apa hal? Takkan dapat yang biasa - biasa jer? betul tak? (emosila pulak...hehe) Takder pun tercalon sebagai pekerja cemerlang. Yang kerja makan gaji buta pulak ampu sikit dah dapat hak istimewa. Padahal aku tengok kerja takderlah banyak sangat. Masuk bilik penyelia cerita pasal keburukan orang. Pastu waktu kerja siap tidur berkeruh lagi tu. Bos lalu pun tak sedar. Bos pulak takut nak tegur sebab dia orang lama. Ada ker patut? Alasan... dia tak ada keja lagi dah nak buat. Sengal. Kalau aku yang tidur sure dah lama kena sound dengan bos.

Kelakar - kelakar.... Sebab dia orang lama. Dia dapat hak istimewa tidur kat opis waktu bekerja. Agaknya kalau lagi lama aku bekerja kat sini, aku pun dapat kot hak istimewa macam tu? Entahla labu...

Tu belum bab berpuak - puak lagi. Yang tu kat mana - mana pun selalu sangat dah aku dengar. Kat tempat lain pun sama. 'Hak ni hak aku... hak tu hak kau'. Tak boleh ker share2? bukan ker sharing is caring? Huhuhu...

Kalau nak cerita memang panjang lagi aku nak tulis ni... tapi aku tengah tak tahan nak tuttttt...... Toileet kat atas pulak tu... Sempat tak nak lari ni? Aduhaiiiii... Jangan merebeh tengah jalan sudah.... KoTorrrrrrLaaaa!!!!!
Ahahk3x....

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++